Welcome, Ramadhan.



Alhamdulillah. All praises to Allah. Kita bertemu lagi, ya Ramadhan. Bulan yang penuh mulia. Di bulan Ramadhan ini lah kita sebagai umat Islam perlu menunaikan salah satu dari isi kandungan 5 Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Berpuasa bukan bermaksud hanya menahan diri kita dari lapar dan dahaga. Kita perlu menahan diri kita dari segala hawa nafsu serta menjauhi segala larangan-Nya.



Berpuasa adalah satu amalan yang sangat baik. Ini kerana secara tidak langsung kita dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Ini la masanya kita melakukan sebanyak mungkin amal ibadah dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Tambahan pula, kita dapat membentuk diri kita supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati waktu. Apakah yang saya maksudkan dengan berdisiplin dan menepati waktu?


Pertama, dari segi solat. Setiap solat mempunyai "time frame", ada tempoh waktu nya sebelum beralih ke waktu solat yang lain. Maka, apabila kita menunaikan sesuatu solat itu dalam tempoh "time frame" itu, secara tidak langsung kita telah menepati waktu. Selain itu, bulan Ramadhan ada nya juga Solat Tarawikh. Ya, ia bukan harus atau wajib, ia hanya lah solat sunat dan ia terpulang kepada setiap individu. Tetapi agak merugikan jika kita tidak menunaikannya, kan? Setahun sekali je, Solat Tarawikh itu. Tak dapat buat 20 rakaat, 8 rakaat pun sudah memadai. Dapat lah juga kita menikmati dan menerima fadhilat dari Solat Tarawikh. Oh, jangan lupa Solat Witir, 3 rakaat.


Kedua, dari segi waktu bersahur dan berbuka. Ini kerana kita perlu bersahur sebelum tiba nya waktu imsak dan berbuka,makan dan minum apabila berkumandangnya azan Maghrib. Hah, jangan lupa pula niat sebelum bersahur dan berbuka puasa! Dan tambahkan juga buah Kurma sebagai menu wajib anda ye.


Ketiga, kita melatih diri kita supaya bersabar, jauhi sifat amarah dan berjimat-cermat. Ini kerana, apabila kita berpuasa, kita harus lah berwaspada dengan segala tingkah laku kita terhadap orang lain dan bersabar. Tutur kata kita haruslah sopan, jangan ada memaki hamun, menggunakan bahasa yang kasar/kesat. Bersabar lah dan elakkan diri kita dari sifat amarah. Oh ya, bersedekah pada mereka yang kurang berkemampuan atau kurang bernasib baik pun sangat elok. Sekurang-kurangnya kita dapat menceriakan lagi suasana Ramadan mereka. ;)


Bulan Ramadhan ni la ada banyak godaan. Masa kan tidak, pergi ke "shopping mall", pasti kita dapat lihat koleksi terbaru sempena Hari Raya. Baju kurung, tudung, baju melayu, kasut, tas tangan, songkok dan samping. haha. Dan tidak ketinggalan juga kita dapat lihat"discount tag". "Mega Raya Sales", kan? Pasti rambang mata melihat semua tu. Tangan pun dah rasa gatal je nak keluarkan duit. Haha. Bila dah melihat "discount tag" tu, kita tak pedulikan "price tag". "Ain't about da Cha-ching, Cha-ching. Ain't about da Ba-bling, Ba-bling. We just wanna make da world dance. Forget about da price tag".  Haha. Fikir-fikir kan sebelum berbelanja. Beli hanya yang perlu, k? Tak perlu la kot sampai nak beli 5 or 6 pasang baju/kasut raya. Last2 nanti tak pakai, tersepok dalam almari. Haha ;p


Bulan Ramadhan ni juga la segala makanan nampak sangat "heaven" dan menyelerakan. Sana-sini Pasar Ramadhan. Kita dapat lihat bermacam-macam, beribu-ribu jenis juadah dijual di Pasar Ramadhan. Tak lupa juga Hotel-hotel menyediakan "Ramadhan Buffet". Ayam golek, Ikan Pari Bakar, Roti John, Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Char Kuey Teow, Laksa Penang, Satay, Murtabak, Sup Ayam, Tom Yam, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Ayam masak lemak cili padi, Kuih Cara Berlauk, Kuih Tepung Pelita, Popia Goreng Sambal, Air Katira, Air Sirap Bandung. Godaan sungguh. Time tu juga la tiba-tiba tekak kita terasa gatal nak makan dan minum itu ini. Semua nampak sedap. Betul tak? haha. Lepas tu, kita tak perasan kita telah beli terlampau banyak. Dapat ke nak habis kan semua? Last2, buang jugak dalam "trash bin", kan? haih, membazir je duit kita habis begitu sahaja. Simpan la untuk sahur nanti atau tak pun bagi la kucing makan ke apa. Hehe.

Maka, dengan ini saya mengisytiharkan... eh, salah pula. haha. Maka, di sempena bulan yang mulia ini, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, guna kan lah masa yang ada ini juga untuk melakukan amal ibadah dan mendekatkan diri kita dengan Allah. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh-NYA. InsyaAllah... Amin....


Tidak lupa juga, saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan ku selama ni. Maaf, saya hanya insan biasa yang melakukan kesilapan dalam keadaan sedar/tidak sedar. :)

Stopppppp!!


p/s: jangan ponteng puasa ya jika bukan disebabkan uzur atau sakit. Budak yang belum baligh, dikecualikan. Tapi adik-adik, lebih baik puasa penuh. Mana tahu mak/ayah bagi duit. Hehehe. ;p

0 comments:

miss ime. Powered by Blogger.

Blurbs

My photo
Malaysia
a simple girl living in an ordinary life. i'm climbing up the stairway to success & hoping for the best in my life.

Pages

Visitors all around the world

Blogsss

cLAnS ;)

Tralalala