The another award.
Alhamdulillah. Sungguh ku tak sangka mendapat panggilan dari Koordinator program BACC pada malam itu. Terkejut juga dapat panggilan itu, kot-kot la ada melakukan kesalahan atau something to do with my studies. Alhamdulillah, aku telah dinobatkan sebagai Olahragawati 2011 dan mengenepikan 3 calon finalis yang lain dari fakulti yang berlainan. Time tu terasa segan juga sebab sewaktu di umumkan namaku, aku terus diarak dan disorak oleh rakan2 BACC yang lain hingga ke depan. Rasa macam artis pun ada jugak, kot? dah la tu, dapat Spongebob dari Dr. Hanim. Haha. Memang terkejut dan tidak sangka segala pencapaian sukan(tenpin boling) aku selama ini, dipandang oleh pihak UiTM. Terima Kasih. Aku sangat bersyukur dan gembira. Anugerah itu juga menaikkan lagi nama aku sebagai pelajar BACC dan Fakulti Perakaunan itu sendiri. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Mama dan Ayah kerana menyokong dan sentiasa ada dengan ku semenjak aku berkecimpung dalam sukan ini.
Blurbs
- miss ime
- Malaysia
- a simple girl living in an ordinary life. i'm climbing up the stairway to success & hoping for the best in my life.
0 comments:
Post a Comment