End of Student Journey. Hello, Working World!



I'm officially graduated! yeaaayy! I've completed my degree (Bachelor in Accountancy (Hons) ) with a satisfying, unexpected & extraordinary result. Sungguh tidak sangka saya mampu untuk mencapai sampai ke tahap itu. Yes, I received the Dean List. Alhamdulillah. I made my parents proud of me. They were so happy with my result. Happy tears came down from them. Saya sangat bersyukur pada mu, ya ALLAH kerana telah memberi suatu hadiah yang sangat istimewa untuk saya & my parents. Terima kasih yang tak terhingga kepada my parents sebab sentiasa memberi sokongan yang padu & mendoakan kejayaan saya. Tak lupa juga pada lecturer-lecturer Fakulti Perakaunan yang banyak mendidik & mencurahkan ilmu, my group mates yang banyak bagi kerjasama (sanggup stay up buat all the assignments,videos & reports) & the rest of BACC 8C clan yang selalu tolong & share ilmu (share hint, share jawapan. oopss! haha.). I love all of you! Sayonara student life!



It's time for job hunting. Wish me luck, u guys! :)

P/S: Can't wait for the convocation on May. Kena tempah baju dah ni! hehe. See u guys, my beloved BACC 8C Clan! :)

The Final Chapter

23rd December 2011, the end of class of the final semester. i feel so happy, but..... deep down inside, i feel so sad. Pilu rasa di hati apabila rakan2 memberi ucapan dan selepas itu sesi berpeluk-pelukan, bersalam-salaman & bermaaf-maafan di antara rakan2 BACC 8C Clan. Air mata berjurai-jurai tidak henti pada waktu itu.

Ku akui, memang kali ini terasa amat sedih & rasa seperti itu tidak seperti waktu diploma dulu. ya, waktu diploma dulu juga sedih sewaktu berpisah tapi cuma dirasai oleh diantara geng ku sendiri saja. tapi kali ini...

Ikatan persahabatan BACC 8C yang terjalin selama 2 1/2 tahun itu tersangat utuh sehingga kami terasa bagaikan 1 big happy family. Ukwah yang kuat & the unity among us all make the friendship stronger. Ya, mungkin ada yang kata 2 1/2 tahun itu tempoh yang sekejap, tapi sebenarnya dalam tempoh itu la kami bersama-sama berganding bahu, memerah keringat & bertarung menghadapi suka duka, liku-liku perjalanan sebagai pelajar perakaunan. Walaupun kami masing-masing busy dengan assignments, tests & all, dan dilanda stress, tapi kami masih mampu untuk menyelitkan pelbagai aktiviti kelas seperti:

Movie time! [Twilight Saga - Eclipse]
Makan2 session. [cheese naan + tandoori]

Birthday surprise & party at midnight [5/10/2011]
BACC 8C Punk'd Team on my birthday. thanx, u guys! ;)
Raya 2011 Open House
the dinner, Accounting Aspiration Award
Gila-gila remaja [Pre Graduation Lunch 2011] 
On Titanic Boat ;p
part of the gang (oh, that's our class' tshirt) ;)

Gosh, i've already missed those moments we had together. I wish i could turn back the time but.. life must go on. Hope we will still keep in touch & our friendship last forever. All the best in the final exams, u guys!


 I love my BACC 8C clan to bits!
Together we climb the stairway to success yah! ;)

Can't wait for our 'final goodbye' plan :)





oh, on the other hand, i feel glad as i received those 2 precious + meaningful awards. Alhamdulillah. Thanx a lot to dearest coordinator & lecturers. Last but not least, dearest parents for supporting & guiding me. i love u both. The awards are for u guys ;)





early phase of final semester of BACC

gosh! dah lama rupanya tak update my blog. dah bersawang-sawang & berhabuk-habuk la pulak! haha. biasa la, bila dah jadi busy woman ni, sampai dah tak ada masa nak update blog. haha. sorry, u guys ;)

anyway, this post nak cerita pasal minggu2 awal final semester.  ingatkan final semester boleh dok relax sikit, tapi rupa-rupanya, tidak. so hectic.

since this sem semua 6 subjects are theory based, so there are a lot of readings, presentations & projects to do! first week lagi dah start presentation. setiap minggu akan ada presentations. minimum 1, maximum 3! dan sudah menjadi kebiasaan tidur lewat pagi. lewat yang teramat sangat, 6.30am tu. apa macam? huhu. memang tersangat lah penat tapi hasilnya berbaloi jugak la bila dapat comment & pujian dari lecturer. alhamdulillah. they paid off! tapi ada banyak pulak group projects yang masih beratur, menunggu giliran untuk dilayan! oh tidaaaakk! haha.

okay, since dah busy macam ni, nak balik rumah during the weekends pun susah. sampai my parents asyik tanya, "tak balik ke minggu ni?". aduuh, memang rasa touching la kan. nampak sangat mereka rindu. huhu. tapi anak yang baik tak akan sanggup dok diam bila dah parents tanya macam tu. so, agak2 macam ada free time sikit, curi masa untuk lunch or dinner dengan my parents. oh, so shuweet, aight!? hee. ;)

tapi even though busy, kadang2 ada la jugak diisi dengan aktiviti-aktiviti yg dapat release tension. karaoke, movie & swimming. dan juga shopping & makan! hehe ;p

oh, ini sahaja la yang mampu dicoret. gotta go! kena study. ada 4 common tests, 3 hari berturut-turut. 3 on the  weekends, 1 on next monday! dan oh, 1 more test on Thursday, 7am! memang gilaaaa! so not good. wish me luck k! ;)

Cinta. Muka surat. Buku itu



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh, oh, hatiku rasa sesuatu....


Dan pabila kau kata, kau mahu jumpa aku
Ku gelisah, berdebar hati, rasa tak menentu..

Oh, oh, benarkah rasa itu?

Bagaimana harus bersua?
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama?
Walaupun kita tak pernah berjumpa


Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata puja
Otak kata, "jangan hatiku rasa sayang?"
Hidup tak menentu adakah ini cinta?


Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu?
Oh, oh, ini cinta remajaku....
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkelu tak tahu mana nak tuju?
Oh, oh, itulah cinta yang satu...
Cinta di muka buku...


* ia dipetik dari bait-bait lagu cinta muka buku.

Perkenalan kita tercetus di alam maya. Bagaimana ia mampu memberi panahan asmara dan menimbulkan suatu rasa "magic", yang ikhlas, jauh dari sudut hati, pada realiti nya? kerana perkenalan kita telah diatur dan perasaan indah yang timbul itu bukan suatu kesilapan tetapi suatu kurniaan yang telah ditentukan oleh-NYA. dan cinta kita? ia sudah tertulis dan di abadikan di muka surat buku itu. 

Welcome, Ramadhan.



Alhamdulillah. All praises to Allah. Kita bertemu lagi, ya Ramadhan. Bulan yang penuh mulia. Di bulan Ramadhan ini lah kita sebagai umat Islam perlu menunaikan salah satu dari isi kandungan 5 Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Berpuasa bukan bermaksud hanya menahan diri kita dari lapar dan dahaga. Kita perlu menahan diri kita dari segala hawa nafsu serta menjauhi segala larangan-Nya.



Berpuasa adalah satu amalan yang sangat baik. Ini kerana secara tidak langsung kita dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Ini la masanya kita melakukan sebanyak mungkin amal ibadah dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Tambahan pula, kita dapat membentuk diri kita supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati waktu. Apakah yang saya maksudkan dengan berdisiplin dan menepati waktu?


Pertama, dari segi solat. Setiap solat mempunyai "time frame", ada tempoh waktu nya sebelum beralih ke waktu solat yang lain. Maka, apabila kita menunaikan sesuatu solat itu dalam tempoh "time frame" itu, secara tidak langsung kita telah menepati waktu. Selain itu, bulan Ramadhan ada nya juga Solat Tarawikh. Ya, ia bukan harus atau wajib, ia hanya lah solat sunat dan ia terpulang kepada setiap individu. Tetapi agak merugikan jika kita tidak menunaikannya, kan? Setahun sekali je, Solat Tarawikh itu. Tak dapat buat 20 rakaat, 8 rakaat pun sudah memadai. Dapat lah juga kita menikmati dan menerima fadhilat dari Solat Tarawikh. Oh, jangan lupa Solat Witir, 3 rakaat.


Kedua, dari segi waktu bersahur dan berbuka. Ini kerana kita perlu bersahur sebelum tiba nya waktu imsak dan berbuka,makan dan minum apabila berkumandangnya azan Maghrib. Hah, jangan lupa pula niat sebelum bersahur dan berbuka puasa! Dan tambahkan juga buah Kurma sebagai menu wajib anda ye.


Ketiga, kita melatih diri kita supaya bersabar, jauhi sifat amarah dan berjimat-cermat. Ini kerana, apabila kita berpuasa, kita harus lah berwaspada dengan segala tingkah laku kita terhadap orang lain dan bersabar. Tutur kata kita haruslah sopan, jangan ada memaki hamun, menggunakan bahasa yang kasar/kesat. Bersabar lah dan elakkan diri kita dari sifat amarah. Oh ya, bersedekah pada mereka yang kurang berkemampuan atau kurang bernasib baik pun sangat elok. Sekurang-kurangnya kita dapat menceriakan lagi suasana Ramadan mereka. ;)


Bulan Ramadhan ni la ada banyak godaan. Masa kan tidak, pergi ke "shopping mall", pasti kita dapat lihat koleksi terbaru sempena Hari Raya. Baju kurung, tudung, baju melayu, kasut, tas tangan, songkok dan samping. haha. Dan tidak ketinggalan juga kita dapat lihat"discount tag". "Mega Raya Sales", kan? Pasti rambang mata melihat semua tu. Tangan pun dah rasa gatal je nak keluarkan duit. Haha. Bila dah melihat "discount tag" tu, kita tak pedulikan "price tag". "Ain't about da Cha-ching, Cha-ching. Ain't about da Ba-bling, Ba-bling. We just wanna make da world dance. Forget about da price tag".  Haha. Fikir-fikir kan sebelum berbelanja. Beli hanya yang perlu, k? Tak perlu la kot sampai nak beli 5 or 6 pasang baju/kasut raya. Last2 nanti tak pakai, tersepok dalam almari. Haha ;p


Bulan Ramadhan ni juga la segala makanan nampak sangat "heaven" dan menyelerakan. Sana-sini Pasar Ramadhan. Kita dapat lihat bermacam-macam, beribu-ribu jenis juadah dijual di Pasar Ramadhan. Tak lupa juga Hotel-hotel menyediakan "Ramadhan Buffet". Ayam golek, Ikan Pari Bakar, Roti John, Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Char Kuey Teow, Laksa Penang, Satay, Murtabak, Sup Ayam, Tom Yam, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Ayam masak lemak cili padi, Kuih Cara Berlauk, Kuih Tepung Pelita, Popia Goreng Sambal, Air Katira, Air Sirap Bandung. Godaan sungguh. Time tu juga la tiba-tiba tekak kita terasa gatal nak makan dan minum itu ini. Semua nampak sedap. Betul tak? haha. Lepas tu, kita tak perasan kita telah beli terlampau banyak. Dapat ke nak habis kan semua? Last2, buang jugak dalam "trash bin", kan? haih, membazir je duit kita habis begitu sahaja. Simpan la untuk sahur nanti atau tak pun bagi la kucing makan ke apa. Hehe.

Maka, dengan ini saya mengisytiharkan... eh, salah pula. haha. Maka, di sempena bulan yang mulia ini, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, guna kan lah masa yang ada ini juga untuk melakukan amal ibadah dan mendekatkan diri kita dengan Allah. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh-NYA. InsyaAllah... Amin....


Tidak lupa juga, saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan ku selama ni. Maaf, saya hanya insan biasa yang melakukan kesilapan dalam keadaan sedar/tidak sedar. :)

Stopppppp!!


p/s: jangan ponteng puasa ya jika bukan disebabkan uzur atau sakit. Budak yang belum baligh, dikecualikan. Tapi adik-adik, lebih baik puasa penuh. Mana tahu mak/ayah bagi duit. Hehehe. ;p

nothing to something ;)

yeahh! tanggal tiga, bulan enam 2011. merdeka! haha. yeah, the 6 months period of internship as a so called auditor in an audit firm was very challenging to me. i was a lucky girl *read it with the inverted commas* to be part of the firm early december last year. it's because during that month, the company i worked with was on a peak period. so there were tons of audit jobs need to be done. as a new comer, i know nothing. zero a.k.a blank! but that doesn't mean i can just sit back, relax & enjoy at the office. *ingat anak bos ke nak dok goyang kaki?* haha. 2nd day je, dah dapat audit job. i was lucky, the previous trainees and my senior were there to give me a few guidance to start the audit job. disebabkan budak baru belajar, memang buat kerja agak slow la kan. asyik nak refer previous year's file je. baru nak merangkak lagi. haha. a few months later, i were able to run & climb up the hill. bila enjin dah panas dan petrol dah full, so laju la bergerak kan. hehe. tanpa disedari, dah banyak gak companies dah audit. i did the audit jobs for 20 companies within 6 months. yeah, i did the whole audit job alone, all by myself. *bangga la jugak*. huhu. macam2 jenis company dan macam2 kerenah clients dah jumpa. haha. i learnt a lot. even though i was in charged for audit, i also did accounting, co. secretarial & tax as well. so, it was a whole package. audit is fun especially when you have to do field audit. time tu la baru boleh menikmati keindahan dunia. sebab dapat keluar dari office. pastu time pun flexible. tak perlu masuk office awl2 pagi, terus g company client je dan selalunya dalam kul 10am. before that lepak & breakfast dulu with the team members. haha. even if g lunch pown tak perlu nak rush balik cepat. pastu boleh balik awl, kul 4.45pm dah chioww dr office client. memang seronok! haha. kalau tak, dok terperuk je kat office, be serious all the time, lunch pon kena balik cepat & kena balik malam stay kat office. sumpah buhsan gile! haha. *rindu lak ngn team members mrm*.



i learnt a lot & played a lot too! haha. my colleagues are awesome! dapat lak geng trainees yang sekepala, gile2, mmg terbaek dari ladang la. haha. although we were busy with our works (balik malam & sabtu kena kerja), we were able to have a life. there were times we went out together & had some fun. yes, makan2, karaoke, tengok wayang dan main bowling itu wajib! teringat insiden robot guy mase maen bowling, insiden air mata meleleh tgk nur kasih, insiden di seoul garden dimana kimchi dianggap pau. haha. oh, kami digelar triple G. haha. *rindu lak ngan the geng*


anyway, it was a great experience for me to be part of the audit firm. i went through a lot of things. 6 months full of experience, knowledge & memories. it was a long way to go at first tapi sekejap je dah sampai ke penghujung. alhamdulillah, i were able to complete it & gained more knowledge. with that, i would like to thank the partner of AA, principal, manager, my senior & other staffs of AA for giving me the opportunity to learn & be part of the firm. to my practical coordinator & lecturer, thanx a lot for the guidance. lastly, to other trainees of AA, good luck in your future undertakings k! we'll meet again some other time. so, to BACC pt. 8 students (especially BACC 8C clans), let's work hard for our final semester this coming september. bring it on! fight to the finish! aja aja fighting! ;)

10 petanda dia jodoh kita ;)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan dan rindu yang teramat.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tidak ambil peduli jika kita kurang berada, atau tinggal jauh dari kita. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit, dia bawa ke klinik. Semasa kita sibuk, dia tidak akan menganggu dan sedia menunggu. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Kita dan dia juga mampu rasa perasaan yg dirasai antara satu sama lain. Kita rindu dia, dia rindu kita. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Jangan bertindak melulu. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mungkin kita ada bermimpi yg si dia ada datang ke rumah kita membawa rombongan meminang. ya, mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

.nota hati.


apakah agaknya khabar mu disana? aku seperti dihempas ombak dan terdampar buih.




dihati ini, hanya dirimu. izinkan aku hadir di dalam hidupmu.

tanpa mu, hidup ku sunyi. cintaku tak pernah berubah biar digugat dan dicabar.



"dirimu adalah satu cahaya yg dah lama ku cari". -MF
"apa yang ku rasakan ini, persembahan untuk dirimu". -MF

p/s: cinta ku ikhlas dan khas buat dirimu. tetapi ia nya tidak memberi apa-apa makna bagi mu, bukan? tak mengapa, satu hari nanti aku pasti kau akan sedar akan apa itu cinta sejati dan betapa ikhlasnya cinta ku terhadap mu.

The another award.

Alhamdulillah. Sungguh ku tak sangka mendapat panggilan dari Koordinator program BACC pada malam itu. Terkejut juga dapat panggilan itu, kot-kot la ada melakukan kesalahan atau something to do with my studies. Alhamdulillah, aku telah dinobatkan sebagai Olahragawati 2011 dan mengenepikan 3 calon finalis yang lain dari fakulti yang berlainan. Time tu terasa segan juga sebab sewaktu di umumkan namaku, aku terus diarak dan disorak oleh rakan2 BACC yang lain hingga ke depan. Rasa macam artis pun ada jugak, kot? dah la tu, dapat Spongebob dari Dr. Hanim. Haha. Memang terkejut dan tidak sangka segala pencapaian sukan(tenpin boling) aku selama ini, dipandang oleh pihak UiTM. Terima Kasih. Aku sangat bersyukur dan gembira. Anugerah itu juga menaikkan lagi nama aku sebagai pelajar BACC dan Fakulti Perakaunan itu sendiri. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Mama dan Ayah kerana menyokong dan sentiasa ada dengan ku semenjak aku berkecimpung dalam sukan ini.




god. faith. miracle.



Di lambung ombak, karam di lautan berduri.

Masa menentukan. But, no effort, no gain.
Jika betul2 mahukan sesuatu menjadi milik kita, work & go for it.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
When there's a will, there's a way.

sayang. faith. miracle.

hurt someone u love, not!

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya walaupun kamu pernah menyakitinya. Dia tidak akan berputus asa dan tak henti mencintai kamu.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, pertama kali kamu berkenalan, pertama kali berjumpa, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. Ataupun melihat kamu sedang sedih, dia akan mulai risau dan tertanya2.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu kepada kamu yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa dan juga tanda supaya benda itu dapat mengingatkan kamu pada si dia.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pergi atau kerja ke luar daerah, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu dan risau kan kamu. nak2 kalau kamu kena masuk hutan dan tiada pula coverage. lagi la membuatkan dia risau kerana tak dapat menghubungi kamu.

14] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

15] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. dia akan membaca semua sms-sms kamu berulang kali tanpa jemu kerana ia akan buatkan dia meingingati kamu.

16] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

17] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


kalau lah kau tahu betapa ikhlas & dalamnya cinta ku padamu.... kata si AR pada MF melalui angin....

rong to the geng ;p

yeaahh! ronggeng time. haha. today, i went out with my colleagues. after a stressful & tiring weeks of working, so it's time for us to have some chillaxin' session. it was a last minute plan actually but it turned out to be a superb hangout. from the office, we went straight to the mall. 1st destination? k-box! karok sampai okay! haha. kami bernyanyi beramai-ramai & dance2. "ayum ayum". haha. mmg nyanyi xhengat dunia, 2 hours session. penat mengalahkan larian 50km. haha. mmg enjoy!




and owh, last saturday pown hangout jugak dengan colleagues. karaoke? itu harus ada! and plus, bowling session. rasanya mase bowling tu, lg byk gelak dr maen bowling. penat betol. gelak sampai skt perut dan nangis2. haih la, "robot guy". haha.

asyik hangout jew. karok sampai suare serak2. haha. xpe, janji had fun! hilang segala penat & stress. hehe. kudos mereka2 yg kewl + sporting ;)

penantian satu penyeksaan

serabut2. oh tidakkk, aku tidak suka berada dalam keadaan kelam-kabut. maka dengan itu aku terpaksa buat dengan tergopoh2 dan lantas bermacam perkara yang akan ku terlepas pandang. bukan mudah untuk belajar dan 'absorb' terlalu banyak perkara dengan cepat dalam waktu yg singkat. dan tak semua benda yang kita tahu. betul tak? sorry, i'm the new kid on the block.

arggghh, stress nya......penat nya....bertambah2 la migrain dan 'pimples'..

kepada mereka yang berada di sekeliling ku, bantu lah aku, berikan lah aku kekuatan itu supaya aku mampu mengharungi hari2 yang mendatang. kekuatan & semangat ku sangat lemah dan makin luntur.

ya, penantian satu penyeksaan.

mencari sinar

'mencari sinar'
aku inginkan semula diriku yang dulu, yang lebih ceria, yang lebih bahagia. dimana kah akan ku jumpa sinar itu? suatu ketika dulu, sinar itu ada bersama dengan ku. apakah aku perlu mencari nya semula di celah2 timbunan itu? oh apakah mungkin ia tersembunyi pada insan yang lain?
ya ALLAH, berikan lah petunjuk dan hidayah kepada hamba mu ini.

shadow

Dia pernah membuat ku bahagia. Dia yang mengajarku tentang erti rindu.

Jika dapatku mengulangi perjalanan cintaku bersama si dia lagi, akan ku jaga sebaik-baik cinta itu agar ia mencapai ke destinasi yang kita impikan bersama.


entah mengapa, hati ku ini masih meratap dirimu. bayang2 mu seperti mengikut setiap langkah gerakku. dan ada rindu yg tak terucap tetapi aku berpura seperti tiada apa yang berlaku. oh angin, sampaikan lah salam rindu dan sayang ku pada si dia,MF.

the magic number






the magic number of 1111. what is that? it marks the starts of a new year. say hello to 2011! 1.1.11 (1 january 2011). whoaah. a great 1 aight? happy new year to all of u out there. i hope that we can achieve the resolutions that we've made and also to improve ourselves to become a better person. my resolutions? that's a secret i'll never tell.

xoxo, miss aimi ;)

s.t.r.e.s.s r.i.n.d.u

lalalalala. hari-hari kerja. lalalala. esok kerja, kerja. alamak... oh nooooo. apa cepat sangat masa niwh berlalu? rasa xpuas aku berehat. setelah seharian duduk mengadap komputer itu, mata pun berpinar2 melihat berjuta2 nombor. rasanya lepas niwh mmg kena tambah la power specs tu. dengan kerusi yg x berapa nk empuk itu, kesengalan bahu ku juga. huu. walaupun banyak menggunakan otak dari tenaga, tetapi ia lebih memenatkan. ya, ia lebih meletihkan dari mereka yg kerja buruh.


tak tahu la nk ckp camne, tapi yang pasti aku ingin kembali ke kampus. aku rindu saat2 pergi ke kelas, lepak mkn waktu break dgn kawan2, tido bila ada gap kelas yg lama, ponteng kelas pagi bila tidur lewat menyiapkan assignments/study, assignments & presentations, overnite/midnight movie dgn kawan2, jwb quiz/test and final exam. aku juga mempunyai waktu lapang yang banyak yang dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

aku rindu kawan2 sekelas ku juga. bacc 7c clan! tak sabar berjumpa kalian, nnt gathering & photoshoots yew. kami accounting+photography students, sbb itu kami suka bergambar. hee ;)

tolonglah, cepatla waktu 5bulan saja lagi ini berlalu....

sesungguhnya

Seandainya ku katakan yang sesungguhnya

Tentang perasaanku padamu selama ini

Seandainya ku bisa memutar kembali

Waktu yang telah pergi dariku

Saat kau ada di sini denganku

Sebenarnya hatiku selalu mencintaimu

Hanya saja ku tak pernah mengatakan kepadamu

Dalamnya cintaku menggenggam tulus hatimu

angin.....sampaikanlah khabar ini kepadanya, bisikkan la ini di telinga dan hatinya agar dia tahu isi hatiku ini.

kenapa? hilang?

hilang. ku mencari2, ku tertanya2 dimana kah kau? aku risau, aku sakit. tahu kah kau sebab apa? aku risau, apakah kau sakit? apakah ada apa2 musibah telah berlaku pada kau? aku sakit, apakah diriku ini masih lagi bermakna pada kau? adakah aku masih diperlukan di dalam hidup kau? kau sibuk macam mana pun, kau sakit macam mana pun, aku tidak akan dapat tahu apa2. kau jauh di mata ku, aku tidak dapat melihat pada mata kasar ku ini bagaimana keadaan kau disitu. maka hanya mata & kata hati aku yang akan mengiang2kan segala spekulasi.


air mata ku menitis apabila ku mengimbau kembali kenangan manis yg kita lalui bersama. gambar2 kita, karya2 itu. air mata kegembiraan apabila dpt melihat gambar2 kita senyum, gelak, tawa. air mata sedih kerana keadaan kita sekarang tidak seperti dulu.

aku tahu, masa dah berubah, masing2 ada hala tuju sendiri, memikirkan masa hadapan. tapi rasanya tidak perlu la kan membuang segala kenangan, mereka yang sentiasa ada disisi kita menemani dan menempuh segala suka dan duka bersama pada suatu masa dulu.

Aku akan menyayangimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani..

Saat – saat yang indah
Saat masih bersamamu
Waktu kita berdua
Dan mewarnai dunia
Semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi
Kini terkenang lagi

the apprentice ;)

1/12/2010. a new life, a new beginning. hello, donald trump. thanx for hiring me. haha. well, today, the 1st day of internship. gosh, it's my first time working. huhu. 8.00am, i've reached the office *bersemangat betol 1st day ni*. hehe ;p


my feelings? nervous, anxious, excited. phiieww. *neves macam nk jwb final exam.* hehe. well, not much today, just a briefing from morning till afternoon. tiring and sleepy as well. huhu.


miss ime. Powered by Blogger.

Blurbs

My photo
Malaysia
a simple girl living in an ordinary life. i'm climbing up the stairway to success & hoping for the best in my life.

Pages

Visitors all around the world

Blogsss

cLAnS ;)

Tralalala