End of Student Journey. Hello, Working World!



I'm officially graduated! yeaaayy! I've completed my degree (Bachelor in Accountancy (Hons) ) with a satisfying, unexpected & extraordinary result. Sungguh tidak sangka saya mampu untuk mencapai sampai ke tahap itu. Yes, I received the Dean List. Alhamdulillah. I made my parents proud of me. They were so happy with my result. Happy tears came down from them. Saya sangat bersyukur pada mu, ya ALLAH kerana telah memberi suatu hadiah yang sangat istimewa untuk saya & my parents. Terima kasih yang tak terhingga kepada my parents sebab sentiasa memberi sokongan yang padu & mendoakan kejayaan saya. Tak lupa juga pada lecturer-lecturer Fakulti Perakaunan yang banyak mendidik & mencurahkan ilmu, my group mates yang banyak bagi kerjasama (sanggup stay up buat all the assignments,videos & reports) & the rest of BACC 8C clan yang selalu tolong & share ilmu (share hint, share jawapan. oopss! haha.). I love all of you! Sayonara student life!



It's time for job hunting. Wish me luck, u guys! :)

P/S: Can't wait for the convocation on May. Kena tempah baju dah ni! hehe. See u guys, my beloved BACC 8C Clan! :)

The Final Chapter

23rd December 2011, the end of class of the final semester. i feel so happy, but..... deep down inside, i feel so sad. Pilu rasa di hati apabila rakan2 memberi ucapan dan selepas itu sesi berpeluk-pelukan, bersalam-salaman & bermaaf-maafan di antara rakan2 BACC 8C Clan. Air mata berjurai-jurai tidak henti pada waktu itu.

Ku akui, memang kali ini terasa amat sedih & rasa seperti itu tidak seperti waktu diploma dulu. ya, waktu diploma dulu juga sedih sewaktu berpisah tapi cuma dirasai oleh diantara geng ku sendiri saja. tapi kali ini...

Ikatan persahabatan BACC 8C yang terjalin selama 2 1/2 tahun itu tersangat utuh sehingga kami terasa bagaikan 1 big happy family. Ukwah yang kuat & the unity among us all make the friendship stronger. Ya, mungkin ada yang kata 2 1/2 tahun itu tempoh yang sekejap, tapi sebenarnya dalam tempoh itu la kami bersama-sama berganding bahu, memerah keringat & bertarung menghadapi suka duka, liku-liku perjalanan sebagai pelajar perakaunan. Walaupun kami masing-masing busy dengan assignments, tests & all, dan dilanda stress, tapi kami masih mampu untuk menyelitkan pelbagai aktiviti kelas seperti:

Movie time! [Twilight Saga - Eclipse]
Makan2 session. [cheese naan + tandoori]

Birthday surprise & party at midnight [5/10/2011]
BACC 8C Punk'd Team on my birthday. thanx, u guys! ;)
Raya 2011 Open House
the dinner, Accounting Aspiration Award
Gila-gila remaja [Pre Graduation Lunch 2011] 
On Titanic Boat ;p
part of the gang (oh, that's our class' tshirt) ;)

Gosh, i've already missed those moments we had together. I wish i could turn back the time but.. life must go on. Hope we will still keep in touch & our friendship last forever. All the best in the final exams, u guys!


 I love my BACC 8C clan to bits!
Together we climb the stairway to success yah! ;)

Can't wait for our 'final goodbye' plan :)





oh, on the other hand, i feel glad as i received those 2 precious + meaningful awards. Alhamdulillah. Thanx a lot to dearest coordinator & lecturers. Last but not least, dearest parents for supporting & guiding me. i love u both. The awards are for u guys ;)





early phase of final semester of BACC

gosh! dah lama rupanya tak update my blog. dah bersawang-sawang & berhabuk-habuk la pulak! haha. biasa la, bila dah jadi busy woman ni, sampai dah tak ada masa nak update blog. haha. sorry, u guys ;)

anyway, this post nak cerita pasal minggu2 awal final semester.  ingatkan final semester boleh dok relax sikit, tapi rupa-rupanya, tidak. so hectic.

since this sem semua 6 subjects are theory based, so there are a lot of readings, presentations & projects to do! first week lagi dah start presentation. setiap minggu akan ada presentations. minimum 1, maximum 3! dan sudah menjadi kebiasaan tidur lewat pagi. lewat yang teramat sangat, 6.30am tu. apa macam? huhu. memang tersangat lah penat tapi hasilnya berbaloi jugak la bila dapat comment & pujian dari lecturer. alhamdulillah. they paid off! tapi ada banyak pulak group projects yang masih beratur, menunggu giliran untuk dilayan! oh tidaaaakk! haha.

okay, since dah busy macam ni, nak balik rumah during the weekends pun susah. sampai my parents asyik tanya, "tak balik ke minggu ni?". aduuh, memang rasa touching la kan. nampak sangat mereka rindu. huhu. tapi anak yang baik tak akan sanggup dok diam bila dah parents tanya macam tu. so, agak2 macam ada free time sikit, curi masa untuk lunch or dinner dengan my parents. oh, so shuweet, aight!? hee. ;)

tapi even though busy, kadang2 ada la jugak diisi dengan aktiviti-aktiviti yg dapat release tension. karaoke, movie & swimming. dan juga shopping & makan! hehe ;p

oh, ini sahaja la yang mampu dicoret. gotta go! kena study. ada 4 common tests, 3 hari berturut-turut. 3 on the  weekends, 1 on next monday! dan oh, 1 more test on Thursday, 7am! memang gilaaaa! so not good. wish me luck k! ;)

Cinta. Muka surat. Buku itu



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh, oh, hatiku rasa sesuatu....


Dan pabila kau kata, kau mahu jumpa aku
Ku gelisah, berdebar hati, rasa tak menentu..

Oh, oh, benarkah rasa itu?

Bagaimana harus bersua?
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama?
Walaupun kita tak pernah berjumpa


Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata puja
Otak kata, "jangan hatiku rasa sayang?"
Hidup tak menentu adakah ini cinta?


Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu?
Oh, oh, ini cinta remajaku....
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkelu tak tahu mana nak tuju?
Oh, oh, itulah cinta yang satu...
Cinta di muka buku...


* ia dipetik dari bait-bait lagu cinta muka buku.

Perkenalan kita tercetus di alam maya. Bagaimana ia mampu memberi panahan asmara dan menimbulkan suatu rasa "magic", yang ikhlas, jauh dari sudut hati, pada realiti nya? kerana perkenalan kita telah diatur dan perasaan indah yang timbul itu bukan suatu kesilapan tetapi suatu kurniaan yang telah ditentukan oleh-NYA. dan cinta kita? ia sudah tertulis dan di abadikan di muka surat buku itu

Welcome, Ramadhan.



Alhamdulillah. All praises to Allah. Kita bertemu lagi, ya Ramadhan. Bulan yang penuh mulia. Di bulan Ramadhan ini lah kita sebagai umat Islam perlu menunaikan salah satu dari isi kandungan 5 Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Berpuasa bukan bermaksud hanya menahan diri kita dari lapar dan dahaga. Kita perlu menahan diri kita dari segala hawa nafsu serta menjauhi segala larangan-Nya.



Berpuasa adalah satu amalan yang sangat baik. Ini kerana secara tidak langsung kita dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Ini la masanya kita melakukan sebanyak mungkin amal ibadah dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Tambahan pula, kita dapat membentuk diri kita supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati waktu. Apakah yang saya maksudkan dengan berdisiplin dan menepati waktu?


Pertama, dari segi solat. Setiap solat mempunyai "time frame", ada tempoh waktu nya sebelum beralih ke waktu solat yang lain. Maka, apabila kita menunaikan sesuatu solat itu dalam tempoh "time frame" itu, secara tidak langsung kita telah menepati waktu. Selain itu, bulan Ramadhan ada nya juga Solat Tarawikh. Ya, ia bukan harus atau wajib, ia hanya lah solat sunat dan ia terpulang kepada setiap individu. Tetapi agak merugikan jika kita tidak menunaikannya, kan? Setahun sekali je, Solat Tarawikh itu. Tak dapat buat 20 rakaat, 8 rakaat pun sudah memadai. Dapat lah juga kita menikmati dan menerima fadhilat dari Solat Tarawikh. Oh, jangan lupa Solat Witir, 3 rakaat.


Kedua, dari segi waktu bersahur dan berbuka. Ini kerana kita perlu bersahur sebelum tiba nya waktu imsak dan berbuka,makan dan minum apabila berkumandangnya azan Maghrib. Hah, jangan lupa pula niat sebelum bersahur dan berbuka puasa! Dan tambahkan juga buah Kurma sebagai menu wajib anda ye.


Ketiga, kita melatih diri kita supaya bersabar, jauhi sifat amarah dan berjimat-cermat. Ini kerana, apabila kita berpuasa, kita harus lah berwaspada dengan segala tingkah laku kita terhadap orang lain dan bersabar. Tutur kata kita haruslah sopan, jangan ada memaki hamun, menggunakan bahasa yang kasar/kesat. Bersabar lah dan elakkan diri kita dari sifat amarah. Oh ya, bersedekah pada mereka yang kurang berkemampuan atau kurang bernasib baik pun sangat elok. Sekurang-kurangnya kita dapat menceriakan lagi suasana Ramadan mereka. ;)


Bulan Ramadhan ni la ada banyak godaan. Masa kan tidak, pergi ke "shopping mall", pasti kita dapat lihat koleksi terbaru sempena Hari Raya. Baju kurung, tudung, baju melayu, kasut, tas tangan, songkok dan samping. haha. Dan tidak ketinggalan juga kita dapat lihat"discount tag". "Mega Raya Sales", kan? Pasti rambang mata melihat semua tu. Tangan pun dah rasa gatal je nak keluarkan duit. Haha. Bila dah melihat "discount tag" tu, kita tak pedulikan "price tag". "Ain't about da Cha-ching, Cha-ching. Ain't about da Ba-bling, Ba-bling. We just wanna make da world dance. Forget about da price tag".  Haha. Fikir-fikir kan sebelum berbelanja. Beli hanya yang perlu, k? Tak perlu la kot sampai nak beli 5 or 6 pasang baju/kasut raya. Last2 nanti tak pakai, tersepok dalam almari. Haha ;p


Bulan Ramadhan ni juga la segala makanan nampak sangat "heaven" dan menyelerakan. Sana-sini Pasar Ramadhan. Kita dapat lihat bermacam-macam, beribu-ribu jenis juadah dijual di Pasar Ramadhan. Tak lupa juga Hotel-hotel menyediakan "Ramadhan Buffet". Ayam golek, Ikan Pari Bakar, Roti John, Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Char Kuey Teow, Laksa Penang, Satay, Murtabak, Sup Ayam, Tom Yam, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Ayam masak lemak cili padi, Kuih Cara Berlauk, Kuih Tepung Pelita, Popia Goreng Sambal, Air Katira, Air Sirap Bandung. Godaan sungguh. Time tu juga la tiba-tiba tekak kita terasa gatal nak makan dan minum itu ini. Semua nampak sedap. Betul tak? haha. Lepas tu, kita tak perasan kita telah beli terlampau banyak. Dapat ke nak habis kan semua? Last2, buang jugak dalam "trash bin", kan? haih, membazir je duit kita habis begitu sahaja. Simpan la untuk sahur nanti atau tak pun bagi la kucing makan ke apa. Hehe.

Maka, dengan ini saya mengisytiharkan... eh, salah pula. haha. Maka, di sempena bulan yang mulia ini, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, guna kan lah masa yang ada ini juga untuk melakukan amal ibadah dan mendekatkan diri kita dengan Allah. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh-NYA. InsyaAllah... Amin....


Tidak lupa juga, saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan ku selama ni. Maaf, saya hanya insan biasa yang melakukan kesilapan dalam keadaan sedar/tidak sedar. :)

Stopppppp!!


p/s: jangan ponteng puasa ya jika bukan disebabkan uzur atau sakit. Budak yang belum baligh, dikecualikan. Tapi adik-adik, lebih baik puasa penuh. Mana tahu mak/ayah bagi duit. Hehehe. ;p

nothing to something ;)

yeahh! tanggal tiga, bulan enam 2011. merdeka! haha. yeah, the 6 months period of internship as a so called auditor in an audit firm was very challenging to me. i was a lucky girl *read it with the inverted commas* to be part of the firm early december last year. it's because during that month, the company i worked with was on a peak period. so there were tons of audit jobs need to be done. as a new comer, i know nothing. zero a.k.a blank! but that doesn't mean i can just sit back, relax & enjoy at the office. *ingat anak bos ke nak dok goyang kaki?* haha. 2nd day je, dah dapat audit job. i was lucky, the previous trainees and my senior were there to give me a few guidance to start the audit job. disebabkan budak baru belajar, memang buat kerja agak slow la kan. asyik nak refer previous year's file je. baru nak merangkak lagi. haha. a few months later, i were able to run & climb up the hill. bila enjin dah panas dan petrol dah full, so laju la bergerak kan. hehe. tanpa disedari, dah banyak gak companies dah audit. i did the audit jobs for 20 companies within 6 months. yeah, i did the whole audit job alone, all by myself. *bangga la jugak*. huhu. macam2 jenis company dan macam2 kerenah clients dah jumpa. haha. i learnt a lot. even though i was in charged for audit, i also did accounting, co. secretarial & tax as well. so, it was a whole package. audit is fun especially when you have to do field audit. time tu la baru boleh menikmati keindahan dunia. sebab dapat keluar dari office. pastu time pun flexible. tak perlu masuk office awl2 pagi, terus g company client je dan selalunya dalam kul 10am. before that lepak & breakfast dulu with the team members. haha. even if g lunch pown tak perlu nak rush balik cepat. pastu boleh balik awl, kul 4.45pm dah chioww dr office client. memang seronok! haha. kalau tak, dok terperuk je kat office, be serious all the time, lunch pon kena balik cepat & kena balik malam stay kat office. sumpah buhsan gile! haha. *rindu lak ngn team members mrm*.



i learnt a lot & played a lot too! haha. my colleagues are awesome! dapat lak geng trainees yang sekepala, gile2, mmg terbaek dari ladang la. haha. although we were busy with our works (balik malam & sabtu kena kerja), we were able to have a life. there were times we went out together & had some fun. yes, makan2, karaoke, tengok wayang dan main bowling itu wajib! teringat insiden robot guy mase maen bowling, insiden air mata meleleh tgk nur kasih, insiden di seoul garden dimana kimchi dianggap pau. haha. oh, kami digelar triple G. haha. *rindu lak ngan the geng*


anyway, it was a great experience for me to be part of the audit firm. i went through a lot of things. 6 months full of experience, knowledge & memories. it was a long way to go at first tapi sekejap je dah sampai ke penghujung. alhamdulillah, i were able to complete it & gained more knowledge. with that, i would like to thank the partner of AA, principal, manager, my senior & other staffs of AA for giving me the opportunity to learn & be part of the firm. to my practical coordinator & lecturer, thanx a lot for the guidance. lastly, to other trainees of AA, good luck in your future undertakings k! we'll meet again some other time. so, to BACC pt. 8 students (especially BACC 8C clans), let's work hard for our final semester this coming september. bring it on! fight to the finish! aja aja fighting! ;)

10 petanda dia jodoh kita ;)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan dan rindu yang teramat.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tidak ambil peduli jika kita kurang berada, atau tinggal jauh dari kita. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit, dia bawa ke klinik. Semasa kita sibuk, dia tidak akan menganggu dan sedia menunggu. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Kita dan dia juga mampu rasa perasaan yg dirasai antara satu sama lain. Kita rindu dia, dia rindu kita. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Jangan bertindak melulu. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mungkin kita ada bermimpi yg si dia ada datang ke rumah kita membawa rombongan meminang. ya, mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

.nota hati.


apakah agaknya khabar mu disana? aku seperti dihempas ombak dan terdampar buih.




dihati ini, hanya dirimu. izinkan aku hadir di dalam hidupmu.

tanpa mu, hidup ku sunyi. cintaku tak pernah berubah biar digugat dan dicabar.



"dirimu adalah satu cahaya yg dah lama ku cari". -MF
"apa yang ku rasakan ini, persembahan untuk dirimu". -MF

p/s: cinta ku ikhlas dan khas buat dirimu. tetapi ia nya tidak memberi apa-apa makna bagi mu, bukan? tak mengapa, satu hari nanti aku pasti kau akan sedar akan apa itu cinta sejati dan betapa ikhlasnya cinta ku terhadap mu.

miss ime. Powered by Blogger.

Blurbs

My photo
Malaysia
a simple girl living in an ordinary life. i'm climbing up the stairway to success & hoping for the best in my life.

Pages

Visitors all around the world

Blogsss

cLAnS ;)

Tralalala